ME and Adi berkesempatan mengikut Sabri ke KK (urusan kerja). Selama hampir 5 bulan di Labuan, teringin sekali nak ke KK. At last, sampai juga aku and Adi ke KK walau cuma sekejap.
Bertolak ke KK dari Labuan jam 10.30am dengan menaiki feri. Tambang untuk 1st class RM39.00 seorang. Excited sangat nak naik feri. BUT... perjalanan mengambil masa selama 3 jam untuk sampai KK. Luckyly aku and adi tak mabuk laut!!

sebelum menaiki feri
Selamat Datang ke Kota Kinabalu

Kami tiba di KK lebih kurang jam 1.30pm. Hujan. Ambil teksi dan terus check in hotel. Mulanya rasa malas nak keluar jalan-jalan ke town (rasa agak penat sebab lama dalam feri, lagipun hujan). Namun terasa rugi pula dah sampai KK, terperap dalam bilik je... Di sebabkan tak bawa kenderaan, kami menaiki teksi ke bandar. Tak pasti nama tempatnya, tapi di kawasan tepi laut berhadapan bangunan Ramajuta Group. Selama di Labuan (tiada mall, selain di Kompleks Ujana), terasa teruja 'window shopping' di kawasan mall di area bangunan Ramajuta Group. Yang pasti, aku sempat singgah di guardian (dapat la beli apa yang patut).Adi yang selama ni mengidam makan kek...so dapat la adi kek Secret Resipe!!! Chesee and coklat cake for adi and tiramitsu for ME...
Dari sini kami berjalan ke 'tempat' mesti dilawati kalau ke KK nie. Sudah semestinya Pasar Filipina dan Pasar Malam. (masih tak puas sebab sekejap je...)

sabri and adi enjoyed minum air kelapa

di pasar filipina - banyak barang kraftangan didapati di sini.
Macam2 ada.... harga, boleh tahan dan boleh tawar menawar
Kesempatan di situ tidak lama (Pasar Filipina, InsyaAllah akan ke sana lagi... very soon) Jam 7.30 malam seorang kenalan telah menjemput kami ke rumah seorang teman lamaku, Taslimah/Nazri (tak pasti pula di kawasan mana...ikut je!!). Teruja sangat menemui temanku. Lebih 15 tahun tak jumpa... She still the same, seperti yang pernah aku kenali masa kami masih di tingkatan 3. Nice family... Kami dinner di rumah beliau. Terima kasih Ema/Nazri kerana kesudian menjemput kami makan malam, dan yang pasti kita dapat bertemu kembali. Banyak cerita yang dibual, bring back all the memories....
Tanggal 13 April, 2009
Lebih kurang jam 10.00 pagi, kami bertolak ke Beaufort dengan menaiki kenderaan seorang teman. Sepanjang perjalanan ke Beaufort, aku mengambil kesempatan melihat sendiri suasana sekelilingku. Rugi kalau terlena ni, fikir hati kecil ku. Bukan senang nak datang Sabah ni!!! Nasib baik la teman (yang memandu kenderaan) rajin bercerita mengenai kawasan-kawasan yang kami lalui. Sabri and Adi lenaaaa..... Perjalanan dari KK mengambil masa selama lebih kurang 1 jam lebih untuk sampai ke Beaufort. Kami lunch di Restoran Nasi Lemak Umi, kepunyaan temanku Taslimah. Nasi lemak yang pernah aku rasa semasa di tingkatan 3 lagi. Sedappp... the taste of semenanjung!!
Dari Beaufort (lupa nak ambil gambar pekan Beaufort), kami menuju ke Menumbuk. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 45 minit untuk sampai ke Menumbuk. Dari Menumbuk, kami mengambil bot laju untuk pulang ke Labuan. Tambang bot laju RM15.00seorang. First time kami menaiki bot laju nie. Memang lajuuuu.... 20 minit perjalanan dah sampai Labuan. Huhhhh...risau juga sebab masa dalam bot terasa laju dan terasa bot berombak-ombak!!! Pada sesiapa yang tak berani tu dinasihatkan jangan naik!!! Lebih kurang (penumpang) boleh muat dalam 12, 13 orang sahaja. Secara kebetulan, dalam bot kami ada satu famili (5 beranak) dari Kajang, ingin bersiar2 di Labuan. Mereka menginap di KK.
Kenangan ke KK tetap dalam ingatan. Specially, dapat jumpa teman baik yang telah lama terpisah. Alhamdulillah dapat juga kita ketemu lagi.
.......insyaAllah aku akan ke KK/Kundasang. This time, akan aku pasti abadikan photo2 menarik di sana

No comments:
Post a Comment