Monday, April 27, 2009

6. huhhh...

27 April 2009

Due to small a problem, ME tak dapat ikut sabri ke KK/Kundasang (trip 27-29 April). Frust juga.. Anyway, he promised to take pictures untuk tatapan and simpanan.

Wednesday, April 22, 2009

5. Kunjungan...Teman

21 April 2009

Hari ini (29 April), ME and famili diknjungi oleh Dous, anak kak Ena/mamu Din dari butterworth. Kehadiran Dous ke labuan atas urusan kerja. Lebih kurang jam 5.00pm kami menjemput Dous di hotel global, tempat penginapan beliau. Sempat la bawa Dous bersiar-siar pulau labuan ni sebelum membawa Dous pulang ke rumah kami. Aku sempat menyediakan mee goreng buatnya...Tu la Dous tak bagi tahu awal nak datang rumah!!

...... tetamu sebelum nie

6 April 2009

Lebih kurang jam 3.00 petang, ME and hubby ke Hotel Dorsett menjemput Mimi Asmidar, kenalan/saudara dari butterworth. Nice to meet her again. Aku sempat bawa Mimi beli belah di bazaar dan kedai-kedai sekitar bandar labuan. Sempat juga la bawa pusing-pusing pulau labuan ni sebelum bawa pulang ke rumah. Mimi ke labuan atas urusan kerja/lawatan. Kami 'dinner' di luar (tak sempat nak masak sebab pada sebelah siang aku ada urusan di luar) sebelum menghantar Mimi pulang ke hotel semula. Perkhabaran dari mimi tentang teman2 di TATI, sedikit sebanyak terubat juga rindu pada mereka. Sempat 'skype' dengan my 'pipit', miss him so much..

..sempat titipkan pada mimi 'gift' untuk anak-anak ibu di tati. Hope they like it!

Sunday, April 19, 2009

4. Tempat Menarik - Kota Kinabalu, Sabah

Tanggal 12 April, 2009

ME and Adi berkesempatan mengikut Sabri ke KK (urusan kerja). Selama hampir 5 bulan di Labuan, teringin sekali nak ke KK. At last, sampai juga aku and Adi ke KK walau cuma sekejap.

Bertolak ke KK dari Labuan jam 10.30am dengan menaiki feri. Tambang untuk 1st class RM39.00 seorang. Excited sangat nak naik feri. BUT... perjalanan mengambil masa selama 3 jam untuk sampai KK. Luckyly aku and adi tak mabuk laut!!



sebelum menaiki feri


Selamat Datang ke Kota Kinabalu



Kami tiba di KK lebih kurang jam 1.30pm. Hujan. Ambil teksi dan terus check in hotel. Mulanya rasa malas nak keluar jalan-jalan ke town (rasa agak penat sebab lama dalam feri, lagipun hujan). Namun terasa rugi pula dah sampai KK, terperap dalam bilik je... Di sebabkan tak bawa kenderaan, kami menaiki teksi ke bandar. Tak pasti nama tempatnya, tapi di kawasan tepi laut berhadapan bangunan Ramajuta Group. Selama di Labuan (tiada mall, selain di Kompleks Ujana), terasa teruja 'window shopping' di kawasan mall di area bangunan Ramajuta Group. Yang pasti, aku sempat singgah di guardian (dapat la beli apa yang patut).Adi yang selama ni mengidam makan kek...so dapat la adi kek Secret Resipe!!! Chesee and coklat cake for adi and tiramitsu for ME...

Dari sini kami berjalan ke 'tempat' mesti dilawati kalau ke KK nie. Sudah semestinya Pasar Filipina dan Pasar Malam. (masih tak puas sebab sekejap je...)


sabri and adi enjoyed minum air kelapa



di pasar filipina - banyak barang kraftangan didapati di sini.
Macam2 ada.... harga, boleh tahan dan boleh tawar menawar

Kesempatan di situ tidak lama (Pasar Filipina, InsyaAllah akan ke sana lagi... very soon) Jam 7.30 malam seorang kenalan telah menjemput kami ke rumah seorang teman lamaku, Taslimah/Nazri (tak pasti pula di kawasan mana...ikut je!!). Teruja sangat menemui temanku. Lebih 15 tahun tak jumpa... She still the same, seperti yang pernah aku kenali masa kami masih di tingkatan 3. Nice family... Kami dinner di rumah beliau. Terima kasih Ema/Nazri kerana kesudian menjemput kami makan malam, dan yang pasti kita dapat bertemu kembali. Banyak cerita yang dibual, bring back all the memories....


Tanggal 13 April, 2009

Lebih kurang jam 10.00 pagi, kami bertolak ke Beaufort dengan menaiki kenderaan seorang teman. Sepanjang perjalanan ke Beaufort, aku mengambil kesempatan melihat sendiri suasana sekelilingku. Rugi kalau terlena ni, fikir hati kecil ku. Bukan senang nak datang Sabah ni!!! Nasib baik la teman (yang memandu kenderaan) rajin bercerita mengenai kawasan-kawasan yang kami lalui. Sabri and Adi lenaaaa..... Perjalanan dari KK mengambil masa selama lebih kurang 1 jam lebih untuk sampai ke Beaufort. Kami lunch di Restoran Nasi Lemak Umi, kepunyaan temanku Taslimah. Nasi lemak yang pernah aku rasa semasa di tingkatan 3 lagi. Sedappp... the taste of semenanjung!!

Dari Beaufort (lupa nak ambil gambar pekan Beaufort), kami menuju ke Menumbuk. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 45 minit untuk sampai ke Menumbuk. Dari Menumbuk, kami mengambil bot laju untuk pulang ke Labuan. Tambang bot laju RM15.00seorang. First time kami menaiki bot laju nie. Memang lajuuuu.... 20 minit perjalanan dah sampai Labuan. Huhhhh...risau juga sebab masa dalam bot terasa laju dan terasa bot berombak-ombak!!! Pada sesiapa yang tak berani tu dinasihatkan jangan naik!!! Lebih kurang (penumpang) boleh muat dalam 12, 13 orang sahaja. Secara kebetulan, dalam bot kami ada satu famili (5 beranak) dari Kajang, ingin bersiar2 di Labuan. Mereka menginap di KK.

Kenangan ke KK tetap dalam ingatan. Specially, dapat jumpa teman baik yang telah lama terpisah. Alhamdulillah dapat juga kita ketemu lagi.


.......insyaAllah aku akan ke KK/Kundasang. This time, akan aku pasti abadikan photo2 menarik di sana







3. Tempat Menarik - WP Labuan

Tempat-tempat menarik yang boleh dikunjungi di WP Labuan. Masih ada gambar yang belum di upload, dan ada juga gambar yang tak dapat dirakamkan walau dah pernah pergi/melawat. InsyaAllah akan diuruskan untuk simpanan dan tatapan di sini.
(looks like i must go to the places again to take picture)

1. Sea Sport Centre

depan pintu masuk sea sport centre


Restoren Manja Rasa dan Gelanggang Gasing

2. Chimney



3. Port (Perlabuhan)
pintu keluar/masuk ke K.K (Sabah)/Brunei






4. Masjid An'Nur


permandangan di dalam masjid (pic hadapan masjid akan diambil later)

2. Food

Selama hampir 5 bulan di sini, every sunday kami ke pasar beli stok makanan untuk selama 1 minggu. Ikan, udang, sotong, ketam...semua fresh!! Sedappp.... Ada juga ikan yang tak pernah jumpa di semenanjung, ada kat sini. Tak berani juga beli sebab rupa pelik. Pada penggemar seafood, datang labuan dapat makan yang fresh. Tapi kena masak sendiri, sebab selera sini dan semenanjung lain!


pasar Labuan



weekly stock
-cukup la untuk kami 3 beranak, ME, sabri n adi
usually beli ikan (tenggiri/merah), ayam, udang dan sotong

Compare to Butterworth, Penang... tak banyak choice untuk 'jalan-jalan' cari makan. Belum ada satu restoran/gerai yang menjadi 'favorite' kami. Roti canai di gerai hadapan SMK Labuan boleh tahan sedap jika dibandingkan yang lain pernah rasa. KFC, Pizza Hut, and mcD tetap jadi pilihan. BUT kalau nak makan kek, tetap teringat Secret Recipe!!! (anyone please send us SR cakes, tiramitsu, cheese cake ke....) Yang menarik kalau jalan-jalan (Ujana Mall, kedai-kedai kat bandar...) pasti jumpa longgokkan coklat berbagai jenama dijual. Duduk sini puas makan coklat..specially kisses, tobleron, ferero roche, dan banyak lagiiii. Yumm yummm



biskut cincin - salah satu makanan tradisi orang sabah (sedap!!)


Restoran atas laut - Manja Rasa
terletak di kawasan Sea Sport Centre

...salah satu restoran yang menghidangkan makanan laut, stim boat. Harga berpatutan dan boleh tahan rasanya. Berbaloi laaa..

1. Catatan Kenangan... Perjalanan Ku

It's been a long time i never write my diary...Masa school days and masa single mingle rajin laa. Now malas nak menulis dan kadang rasa masa tak banyak yang terluang. But today, since pindah ke sini (labuan), nothing much to do... mula rasa nak menulis kembali terutama nak share pengalaman di rantauan orang. Bukan mudah nak ke sini lagi kalau dah balik Semenanjung. Ingin ku abadikan gambar, cerita dan pengalaman bersama saudara, teman dan keluarga (specially buat anak-anak ibu).

...note: bahasa 'rojak' digunakan bagi memudahkan bercerita. Janji u all faham heheheee

Since dec 2008 we move here, we found a nice house to rent. Kira kami bertuah dapat rumah yang selesa walau baru sahaja berpindah ke sini. Ada teman yang mengadu, terpaksa tinggal di rumah/kawasan yang kurang selesa dulu sebelum dapat rumah yang betul-betul sesuai. Ada yang sampai 2, 3 kali pindah baru dapat yang sesuai. Alhamdulillah syukur kepada Allah swt...Tak jauh dari town, di kawasan bukit, about 10 minutes drive. Di Labuan ni jalan tak jem, had laju pun tak lebih 100km/j. Lega juga sebab tak laa sabri drive laju-laju. Since accident at Bandar Bahru, Kedah (5, 6 tahun dulu), jadi forbia kalau drive laju-lalu, specially kalau rapat atau hampir di belakang kereta hadapan.



- rumah sewa di Labuan
ada 4 buah rumah dalam 1 rumah besar ni... 4 in 1

Let's ME story kat u all tempat2 menarik kat Labuan ni. Menarik ke? Boleh laaa....but one thing for sure, sini tak sibuk, tenteram...tak payah nak rush selalu. Cuma aktiviti 'shopping' dan 'window shopping' dah tak termasuk senarai aktivitiku lagi. Movie? Hmmm belum try masuk panggung lagi....