Sunday, July 5, 2009

Kunjungan Teman

27 Jun 2009 - 10.00am

Hari sabtu saya terima kunjungan tetamu dari butterworth (TATI), ustad kamaruddin, kak chik (ummi), mizan dan little girl diana. Seronok dapat jumpa lagi teman2 dari semenanjung. Cuma sabri (my hubby) tak dapat ketemu mereka kerana ada meeting di ofis (janji jam 11am nak balik...tapi meeting belum habis). Dalam dok sembang2 terlupa nak abadikan picture kunjungan tersebut.

28 Jun 2009 - 7.00am

ME n family sempat meluangkan masa mengucapkan selamat jalan kepada ustad dan kak chik. Dapat la sabri ketemu ustad walau pun sekejap... insyaAllah kita ketemu lagi yaa. Kesian mizan kena tinggal sorang semula, after a week bersama kak chik!


gambar kenangan - airport Labuan

ustad dan kak chik berangkat pulang ke KL/PEN



so CUTE anak dara niii...
tapi 'puting' tu tak lepas dari mulut!!!

Tuesday, June 9, 2009

weekend day out...

No matter where you live, you can find amazing beach. Even here in Labuan there are amazing beaches. Last weekend, I had the opportunity to spend some time in Batu Manikar Beach and Layang-layangan Beach.

7 June 2009

getting ready to the beach


At Pantai Batu Manikar




time to eat...yummyyyy



enjoyed play voley ball






At Pantai Layan-Layangan

danial (left) adi (right)




sharmin (left) saiful (right)

Sunday, May 31, 2009

di perantauan ini...

31 Mei 2009 (malam)

We had a gread time together. ME n famili and neighbours (rosli/ina n kids, ella, aziela, su n hubby ikhram)




sessi bakar menbakar (ayam, udang, sotong, ikan...)
canggih tak tempat panggang kami? janji bole bakar dan dapat bakar banyak sekali. Kalau guna tempat pembakar yg biasa tu dapat bakar sikit je.... ini laaa dikatakan idea ramai yg menjadikan kerja jadi mudah





the ladies berpossing..


the mens berpossing..

Tuesday, May 26, 2009

Welcome Home Son

27 May 2009

Today my eldest son, Danial came back from KL for semester break. 5 months we never meet each other, miss him so much...

Danial reach Labuan at 10.15am by Air Asia


W.P Labuan Airport


welcome home son...miss u so much!!!



Food that import from KL .....
(Danial bawa balik 1 beg barang makan - pemberian my sister kak yah n mak kawan danial, kak mah)



Saturday, May 23, 2009

22 may 2009
semasa mengambil angin, seperti biasa tiap2 petang, hari ni aziela, jiranku memberi kami (aku dan ina) merasa kek dari serawak. Aku diberitahu bahawa kek serawak nie susah nak buat sebab berlapis-lapis dan mengambil masa selama 4 jam untuk dimasak. Huhhhhh....jenuh jugak yer nak buat!! Anyway, insyaAllah aku akan belajar juga membuat kek serawak nii

kek serawak


23 may 2009




gambar diambil semasa aku tengah bz mengecat line untuk buat court badminton di hadapan halaman rumah. At last siap jugak court badminton kami (aku, hubby, rosli dan wife ina yang bertungkus lumus mengukur). Lepas isya kami hepi sangat dapat main badminton sebab dah ada court. Ela dan aziela (jiranku) turut sama bermain. Mamu rahim pun join sama. Tak sedar kami main sehingga jam 12 malam....

Saturday, May 16, 2009

7. Kunjungan.... Teman

15 Mei 2009 (Jumaat)

Hari ni aku ada meeting Puspanita di LPP Labuan (menghadirkan diri dalam meeting dengan harapan dapat kawan baru!!!) Masa tengah meeting, terima call dari kak zah (fren/sister di tati). Aku tak dapat jawap call, cuma msg kak zah je, promised to call her back tonite. Dah tak dapat cakap dengan ku, so abg abu call my hubby. Rupanya they at labuan... lahaiiii!!!!

Mlm kak zah/abg abu came to my house with kak ton (kawan/sister stay di labuan). Nice meeting them again. Dinner simple2 jee.... Tu laa, tak bagi tau awal-awal!!!

...kak ton/abg aziz kenalan lama semasa kak zah tinggal di labuan dulu. And now became our frens juga!! Alhamdulillah atas perkenalan ini.

16 Mei 2009 (Sabtu)

ME, hubby bawa kak zah/abg abu dinner di Manja Rasa. Nice place... kak ton/abg aziz turut dinner bersama. Lama juga kami berbual.... lebih kepada kisah famili. (tonite terlepas final AF7.. heheehe dan sehingga waktu aku upload msg ni, masih tak tahu siapa juara AF7. sini hujan lebat.... inilah kelemahan Astro!!!)


Dinner di Restoran Manja Rasa
Sea Sport Centre, WP Labuan



.....bersama kak zah dan abang abu



....turut bersama dinner, kak ton dan abang aziz
(kenalan lama kak zah/abang abu)


Time to say GOOD BYE...
17 Mei 2009 (Ahad)

Di Airport WP Labuan
(kak zah dan abang abu berlepas dari LBU-KL jam 10.40am)


....ME, kak zah n kak ton


....abang abu, abang aziz n hubby, sabri

Monday, April 27, 2009

6. huhhh...

27 April 2009

Due to small a problem, ME tak dapat ikut sabri ke KK/Kundasang (trip 27-29 April). Frust juga.. Anyway, he promised to take pictures untuk tatapan and simpanan.

Wednesday, April 22, 2009

5. Kunjungan...Teman

21 April 2009

Hari ini (29 April), ME and famili diknjungi oleh Dous, anak kak Ena/mamu Din dari butterworth. Kehadiran Dous ke labuan atas urusan kerja. Lebih kurang jam 5.00pm kami menjemput Dous di hotel global, tempat penginapan beliau. Sempat la bawa Dous bersiar-siar pulau labuan ni sebelum membawa Dous pulang ke rumah kami. Aku sempat menyediakan mee goreng buatnya...Tu la Dous tak bagi tahu awal nak datang rumah!!

...... tetamu sebelum nie

6 April 2009

Lebih kurang jam 3.00 petang, ME and hubby ke Hotel Dorsett menjemput Mimi Asmidar, kenalan/saudara dari butterworth. Nice to meet her again. Aku sempat bawa Mimi beli belah di bazaar dan kedai-kedai sekitar bandar labuan. Sempat juga la bawa pusing-pusing pulau labuan ni sebelum bawa pulang ke rumah. Mimi ke labuan atas urusan kerja/lawatan. Kami 'dinner' di luar (tak sempat nak masak sebab pada sebelah siang aku ada urusan di luar) sebelum menghantar Mimi pulang ke hotel semula. Perkhabaran dari mimi tentang teman2 di TATI, sedikit sebanyak terubat juga rindu pada mereka. Sempat 'skype' dengan my 'pipit', miss him so much..

..sempat titipkan pada mimi 'gift' untuk anak-anak ibu di tati. Hope they like it!

Sunday, April 19, 2009

4. Tempat Menarik - Kota Kinabalu, Sabah

Tanggal 12 April, 2009

ME and Adi berkesempatan mengikut Sabri ke KK (urusan kerja). Selama hampir 5 bulan di Labuan, teringin sekali nak ke KK. At last, sampai juga aku and Adi ke KK walau cuma sekejap.

Bertolak ke KK dari Labuan jam 10.30am dengan menaiki feri. Tambang untuk 1st class RM39.00 seorang. Excited sangat nak naik feri. BUT... perjalanan mengambil masa selama 3 jam untuk sampai KK. Luckyly aku and adi tak mabuk laut!!



sebelum menaiki feri


Selamat Datang ke Kota Kinabalu



Kami tiba di KK lebih kurang jam 1.30pm. Hujan. Ambil teksi dan terus check in hotel. Mulanya rasa malas nak keluar jalan-jalan ke town (rasa agak penat sebab lama dalam feri, lagipun hujan). Namun terasa rugi pula dah sampai KK, terperap dalam bilik je... Di sebabkan tak bawa kenderaan, kami menaiki teksi ke bandar. Tak pasti nama tempatnya, tapi di kawasan tepi laut berhadapan bangunan Ramajuta Group. Selama di Labuan (tiada mall, selain di Kompleks Ujana), terasa teruja 'window shopping' di kawasan mall di area bangunan Ramajuta Group. Yang pasti, aku sempat singgah di guardian (dapat la beli apa yang patut).Adi yang selama ni mengidam makan kek...so dapat la adi kek Secret Resipe!!! Chesee and coklat cake for adi and tiramitsu for ME...

Dari sini kami berjalan ke 'tempat' mesti dilawati kalau ke KK nie. Sudah semestinya Pasar Filipina dan Pasar Malam. (masih tak puas sebab sekejap je...)


sabri and adi enjoyed minum air kelapa



di pasar filipina - banyak barang kraftangan didapati di sini.
Macam2 ada.... harga, boleh tahan dan boleh tawar menawar

Kesempatan di situ tidak lama (Pasar Filipina, InsyaAllah akan ke sana lagi... very soon) Jam 7.30 malam seorang kenalan telah menjemput kami ke rumah seorang teman lamaku, Taslimah/Nazri (tak pasti pula di kawasan mana...ikut je!!). Teruja sangat menemui temanku. Lebih 15 tahun tak jumpa... She still the same, seperti yang pernah aku kenali masa kami masih di tingkatan 3. Nice family... Kami dinner di rumah beliau. Terima kasih Ema/Nazri kerana kesudian menjemput kami makan malam, dan yang pasti kita dapat bertemu kembali. Banyak cerita yang dibual, bring back all the memories....


Tanggal 13 April, 2009

Lebih kurang jam 10.00 pagi, kami bertolak ke Beaufort dengan menaiki kenderaan seorang teman. Sepanjang perjalanan ke Beaufort, aku mengambil kesempatan melihat sendiri suasana sekelilingku. Rugi kalau terlena ni, fikir hati kecil ku. Bukan senang nak datang Sabah ni!!! Nasib baik la teman (yang memandu kenderaan) rajin bercerita mengenai kawasan-kawasan yang kami lalui. Sabri and Adi lenaaaa..... Perjalanan dari KK mengambil masa selama lebih kurang 1 jam lebih untuk sampai ke Beaufort. Kami lunch di Restoran Nasi Lemak Umi, kepunyaan temanku Taslimah. Nasi lemak yang pernah aku rasa semasa di tingkatan 3 lagi. Sedappp... the taste of semenanjung!!

Dari Beaufort (lupa nak ambil gambar pekan Beaufort), kami menuju ke Menumbuk. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 45 minit untuk sampai ke Menumbuk. Dari Menumbuk, kami mengambil bot laju untuk pulang ke Labuan. Tambang bot laju RM15.00seorang. First time kami menaiki bot laju nie. Memang lajuuuu.... 20 minit perjalanan dah sampai Labuan. Huhhhh...risau juga sebab masa dalam bot terasa laju dan terasa bot berombak-ombak!!! Pada sesiapa yang tak berani tu dinasihatkan jangan naik!!! Lebih kurang (penumpang) boleh muat dalam 12, 13 orang sahaja. Secara kebetulan, dalam bot kami ada satu famili (5 beranak) dari Kajang, ingin bersiar2 di Labuan. Mereka menginap di KK.

Kenangan ke KK tetap dalam ingatan. Specially, dapat jumpa teman baik yang telah lama terpisah. Alhamdulillah dapat juga kita ketemu lagi.


.......insyaAllah aku akan ke KK/Kundasang. This time, akan aku pasti abadikan photo2 menarik di sana







3. Tempat Menarik - WP Labuan

Tempat-tempat menarik yang boleh dikunjungi di WP Labuan. Masih ada gambar yang belum di upload, dan ada juga gambar yang tak dapat dirakamkan walau dah pernah pergi/melawat. InsyaAllah akan diuruskan untuk simpanan dan tatapan di sini.
(looks like i must go to the places again to take picture)

1. Sea Sport Centre

depan pintu masuk sea sport centre


Restoren Manja Rasa dan Gelanggang Gasing

2. Chimney



3. Port (Perlabuhan)
pintu keluar/masuk ke K.K (Sabah)/Brunei






4. Masjid An'Nur


permandangan di dalam masjid (pic hadapan masjid akan diambil later)

2. Food

Selama hampir 5 bulan di sini, every sunday kami ke pasar beli stok makanan untuk selama 1 minggu. Ikan, udang, sotong, ketam...semua fresh!! Sedappp.... Ada juga ikan yang tak pernah jumpa di semenanjung, ada kat sini. Tak berani juga beli sebab rupa pelik. Pada penggemar seafood, datang labuan dapat makan yang fresh. Tapi kena masak sendiri, sebab selera sini dan semenanjung lain!


pasar Labuan



weekly stock
-cukup la untuk kami 3 beranak, ME, sabri n adi
usually beli ikan (tenggiri/merah), ayam, udang dan sotong

Compare to Butterworth, Penang... tak banyak choice untuk 'jalan-jalan' cari makan. Belum ada satu restoran/gerai yang menjadi 'favorite' kami. Roti canai di gerai hadapan SMK Labuan boleh tahan sedap jika dibandingkan yang lain pernah rasa. KFC, Pizza Hut, and mcD tetap jadi pilihan. BUT kalau nak makan kek, tetap teringat Secret Recipe!!! (anyone please send us SR cakes, tiramitsu, cheese cake ke....) Yang menarik kalau jalan-jalan (Ujana Mall, kedai-kedai kat bandar...) pasti jumpa longgokkan coklat berbagai jenama dijual. Duduk sini puas makan coklat..specially kisses, tobleron, ferero roche, dan banyak lagiiii. Yumm yummm



biskut cincin - salah satu makanan tradisi orang sabah (sedap!!)


Restoran atas laut - Manja Rasa
terletak di kawasan Sea Sport Centre

...salah satu restoran yang menghidangkan makanan laut, stim boat. Harga berpatutan dan boleh tahan rasanya. Berbaloi laaa..